Saturday, August 21, 2010

Joke: Lagu

Dalam satu pertunjukan seorang penonton berkata kepada seorang lelaki di sebelahnya tentang seorang penyanyi wanita yang sedang membuat persembahan.


“Teruknya suara penyanyi tu. Saudara kenalkah siapa dia?”


“Ya,” jawab yang ditanya, “dia isteri saya!”


“Oh, maafkan saya. Suaranya memang boleh tahan, tapi lagunya tak sedap langsung. Entah siapa yang cipta…”


“Sayalah yang cipta!”



Sumber: Majalah Gila-Gila 1hb Oktober 1991

Thursday, April 8, 2010

The Day Romeo Died #3

“Kenapa tak bagitau hari ini saya ada mesyuarat PIBG?” Pakcik Romeo bertanya sambil berdiri sebelah kaki memakai stoking di tepi pintu.

Di hadapan rumah Pakcik Angelo menunggu dengan gelisah macam orang sembelit tiga hari kerana sudah agak lewat untuk ke acara mesyuarat di Sekolah Menengah Saint Pirex.

“Kan saya dah belikan handphone yang ada reminder tu. Kenapa awak tak guna? Nasib awak masih ingat saya ni siapa!” Makcik Juliet menyindir Pakcik Romeo yang sungguh pelupa itu.

“Eh, saya ada henfon ke?” tanya Pak Cik Romeo dengan wajah kehairanan yang melampaui batas.

* Siri The Day Romeo Died ini di sambung dari status status Facebook gua. Check it out.

Friday, January 1, 2010

Guna Sepasang Kaki

Hari sudah petang dan semakin petang. Samad berbaring menonton berita jam 6 di TV sambil mengenang zaman-zaman sekolah rendahnya yang suram akibat sering terlupa membawa baju PJ. Akibatnya Samad sering didenda Cikgu Mat Sabue lari keliling padang 4 pusingan.

“Samad, bolehkah aku meminjam motor RXZ kau?” tiba-tiba suara Romzi menghancur segala lamunan Samad bak gelas dilenyek bas.

“Hendak buat apa pulak?” pertanyaan Romzi tidak dijawab, malah ditanya kembali.

“Aku hendak ke kedai Mak Cik Hanie membeli rokok,” jawab Romzi dengan tulus sekali.

“Haih, kedai Mak Cik Hanie kalau jalan kaki 5 minit sampai dah, jalan kaki sahajalah?” ujar Samad tulus juga.

“Tapi aku nak naik motor RXZ juga la,” Romzi seakan-akan merayu.

“Habis tu, apa guna Tuhan bagi kau kaki tu?” Samad masih terus bertanya-tanya.

“Oh, kaki kanan untuk tekan brek, kaki kiri pulak untuk tekan gear,” jawab Romzi.

Samad serta merta mengambil kunci dari poket untuk mengorek-ngorek telinganya yang tidak gatal.

Gua Kembali dari Gua Thur...

Gua akan kembali beberapa hari lagi. Tapi di sebelah malam sahaja. Kalau gua ada dapat baju kalis matahari, baru gua keluar siang.


Yang ikhlas berkhidmat untuk Tok Penghulu Hujung Jambatan,

........................................
(Encik Drakula)

*Surat ini ditaip menggunakan komputer, jangan harap gua nak sign!

Friday, July 31, 2009

Lawak Pahang Tahun-tahun 60an..

Seorang lelaki setengah abad yang letih berjalan-jalan singgah di sebuah kafetaria untuk lepak sekejap. Tiba-tiba beliau didatangi oleh seorang pelayan.

“Nak minum apa, pak cik,” tanya pelayan itu dengan hormat.

“Ah, aok neh. Karang keh nok keh sebet la! (nanti saya nak saya sebut la!)” kata pak cik itu dengan rileknya.

Mendengar jawaban pak cik itu, pelayan segera berlalu.

Tidak sampai sepuluh minit, pelayan itu datang membawa sebiji gelas dan sebotol Karlsberg.

“Ah, aok neh; bila masa keh mintok menda ginih! (ah, awak ni; bila masa saya minta benda begini!” marah pak cik itu dengan rilek juga.

Friday, July 10, 2009

Terima Kasih Daun Kelapa

Foto cilok blog Fadh dalam review !


Ok. Tentang buku Bukan Déjà vu. Sebenarnya buku itu asalnya untuk aku main-main sahaja. Tetapi nampaknya sudah jadi serius. Memang aku buat 15 naskah sahaja. Satu naskah aku simpan. Satu lagi aku bagi kepada seorang kawan. Dan tinggal 13 naskah.

Oleh kerana buku ini jenis d.i.y dan lebih kepada zine underground, maka aku tak jangka akan ada permintaan. Berharga rm10 termasuk postage, buatan tangan sepenuhnya dan tidaklah sekemas buatan mesin. Siapa yang nak kan? Tetapi jangkaan aku meleset. Memang ada permintaan. Dan pendapat kawan-kawan yang membaca memang memberangsangkan. Sekarang aku akan cetak semula untuk edisi ke dua dalam 15 naskah lagi (kalau rajin weh!).

Kepada yang berhajat sila emel cepat sikit ke rahiminidris@hotmail.com atau akulatomi@yahoo.com. Ini untuk memudahkan aku juga. Kalau malas tak payah aku cetak banyak-banyak. menghabiskan beras je kalau tak laku. Aku pun bukan perajin. Aku ikut permintaan.

Kepada kawan-kawan yang dah baca, tak kira la beli ke, pinjam ke, rompak ke, terima kasih banyak. nanti jangan lupa beli novel aku pulak. Aku nak jual rm8 juta senaskah. Biar cepat kaya.

Terima kasih daun kelapa:

1) Terarossa
2) Fadh
3) Siti Farhana
4) Don Balon
5) Alip Mafia
6) Dzul
7) Fazri
8) Bayan
9) Adleyna Ahmad
10) Echam
11) Hazirah

P/S: Redz, ko nak balik dari India bulan 8 kan? Nak aku hantar buku ni ke India ke atau ke taman koperasi?

Friday, June 19, 2009

Bapak-bapak Penipu

Pulang dari Sekolah Kebangsaan Kerambit; Baharudin, Aziz dan Rostam Effendi tidak terus ke rumah masing-masing. Mereka singgah di kedai kopi Chu Musa. Sebagai budak darjah satu, duit seposen haram pun mereka tak ada. Habis belanja di kantin.Tapi bapak-bapak mereka ada akaun buku 555 di situ.

“Bapak aku tu bapak la penipunya. Ada ke dia kata dia pernah kerja dengan Al Jazeera. Hapakebenda pasport pun tak de!” kata Baharudin sambil mengacau-ngacau kopi O aisnya dengan straw.

“Bapak aku tu pun lagi la. Punca kuasa dua bapak penipu. Dia cakap Salman Khan pelakon Bollywood tu pernah hutang dia 18 ringgit. Dia tampar je terus Salman Khan bayar double. Aku dengar pun malu. Bila masa dia jumpa Salman Khan entah!” akui Aziz sambil menutup muka dengan piring.

“Ah, bapak aku tu lagi dewa penipu. Ada ke dia cakap; arwah datuk aku mati dalam perut moyang aku!” ujar Rostam Effendi sambil menepuk meja.

“Ish, ish, ish!” Baharudin dan Aziz menggeleng-geleng dan menepuk-nepuk meja serentak mengenangkan sikap orang dewasa.