Wednesday, April 1, 2009

Mamak dan Seorang Pelanggan

Seorang lelaki baharu usai sarapan.

"Mamak. Kira," sambil tangan kanan di angkat ke udara dan jari telunjuknya dipusing-pusing beberapa kali.
Mamak hampir di antara pelanggan-pelanggan lain masih laju memakan.

"RM10," ujar mamak usai mengira dengan gaya tunjuk-tunjuknya.

"Mak aih. Mahal macam celaka. Biar betul. Kopi ni berapa secawan? Roti canai ni berapa sekeping?" lelaki bersuara meninggi. Macam hendak marah sikit-sikit bersama nada terkejut dan tidak puas hati.

"Nasi lemak tu RM2. Kopi RM1.50," mamak menjawab tulus.

"Kenapa tadi mintak RM10?" kemarahan lelaki itu mula menyala.

"O, RM6.50 tu harga pinggan, cawan dan sudu tu." kata mamak itu lagi.

"Tapi saya tak mahu pinggan, cawan dan sudu plastik ni. Saya hanya mahu kopi dan nasi lemak!" lelaki itu menghentak meja dengan tangan kanannya dengan kuat.
Semua orang terkejut. Termasuk lelaki itu juga. Dia sendiri tak menyangka hentakannya akan menyebabkan cawan plastik itu terlompat dan baki kopi di dalam cawan terpercik ke hidungnya.

"Sabar la encik. Jangan marah la. Kalau encik tak mahu itu barang, tinggalkan saja. Nanti mungkin ada pelanggan lain mahu beli. RM1o tetap RM10.." ujar mamak itu pula.

6 comments:

  1. harap2 x wujud la restoran macam ni.mau tiap2 hari mamak tu pindah restoran kalau suma pelanggan kasi peninju sebelum kasi duit.hahaha...

    ReplyDelete
  2. ada maksud tersirat tak nih..?
    hahaha

    ReplyDelete
  3. zairi,
    memang tak wujud. tulisan di sini semuanya fiktif. total fiktif. haha

    Dzul,
    hah? kau rasa? harap2 tak ada hahaha

    momotani,
    pukul sampai rebah!

    qaseh,
    joke je ni. tak faham? tak apa.

    c,
    ni bukan betul2. tulisan je.

    ReplyDelete