Rumi dan Juli sedang makan-makan di gerai tepi tebing sungai Temerloh. Hari Selasa orang tak ramai sangat.
“Hanya awak saja la dalam ingatan saya sekarang.” Begitu tiba-tiba ujar Rumi tanpa ditanya pun. Entah apa-apa.
“Ala, bohong. Tak percaya.” Juli bersuara sambil terteleng-teleng. Mee sup dalam mangkuk sudah di kacau-kacau 28 pusingan, sehelai pun belum disuap ke mulut lagi.
“Sungguh. Tak ada orang lain. Hanya Juli.” Rumi berkata dengan bersungguh-sungguh sambil mengingat-ngingat, berapa lagi duit biasiswa yang tinggal dalam akau GIRO nya.
“Kalau macam tu, ermm..siapa yang menembak mati Abraham Lincoln di panggung Ford?” duga Juli bagi mendapatkan kepastian.
“Ala, senangnya soalan tu. Tentulah John Wilkesbooth. Ha Ha Ha.” Jawab Rumi sambil ketawa riang kerana teringat duit dalam akaun GIRO nya masih berbaki RM28.50.
“Aik, kata tadi hanya saya seorang saja dalam ingatan. Pembohong!”
Rumi meraba-raba pipinya yang dilempang Juli gara-gara berbohong.

kreatif.....
ReplyDeleteMantap la min...
Mana dapat idea?
Tengah buat bangunan ke?
lawak2....kasihan sama itu rumi...hihi...
ReplyDeleteredz
ReplyDeletehehe tengah tunggu kerja baru. haha
aku,
hehe kesiannnnn...
begitulah kalau bersikap terlalu jujur
ReplyDelete