Pak Utih mengeluarkan basikalnya. Mahu ke pekan membeli epal. Teringin benar dia untuk minum jus epal beberapa hari ini. Mak Utih hanya memerhati dari hampir kaki tangga.
Tiba-tiba melintas Tumin di jalan tanah merah di hadapan rumahnya. Badan dan pakaian Tumin basah lencun.
“Haih, dari mana tu weh? Basah kuyup. Balik mandi sungai ke Tumin?” tanya Pak Utih mesra kepada anak jiran sekampungnya itu.
“Mandi sungai menda. Saya nak ke pekan tadi. Hujan kat tengah jalan.” Jawab Tumin sambil memberhentikan basikalnya di hadapan rumah Pak Utih.
“La, hujan kat tengah jalan ke?” Pak Utih bertanya lagi dengan muka orang tak faham-faham sambil menggeleng-geleng kepala.
“Ya, Pak Utih. Saya balik dulu la ya? Nak mandi ni. Takut demam nanti.” Tumin minta diri sambil mengayuh basikalnya. Pak Utih menganguk-ngangguk sambil melambai.
Pak Utih pun mula mengayuh basikal meneruskan hasrat untuk ke pekan.
“Hei, kan Tumin dah bagi tau tadi. Hujan kat tengah jalan nun. Bawa la payung ke, atau baju hujan ke?!” Mak Utih melaung separuh kuat mengingatkan Pak Utih.
“Ahhhh, tak payah la. Pandai la aku mengelak hujan tu nanti!” Pak Utih menjawab bongkak sambil mengayuh basikal dengan berlagaknya.
***
Tak sampai 25 minit Pak Utih pulang mengayuh basikalnya dengan nasib sama seperti Tumin. Basah kuyup seluruhnya. Mak Utih waktu itu sedang mengutip telur ayam kampung dalam sangkak di bawah rumah.
“Tak guna punya Tumin. Dia cakap hujan kat tengah jalan. Bukan kat tengah jalan je. Tepi jalan, kiri jalan, kanan jalan, depan jalan, belakang jalan semua hujan. Habis basah. Tak terelak dek aku. Penipu punya Tumin!” Pak Utih marah-marah.
Mak Utih mengangkat ibu jari tangan kanan kepada Pak Utih sebagai tanda ‘best’ sebab enggan dengar nasihat orang.

Haha... Boleh la ko buat kompilasi cerita blog ko macam PP... Nanti aku nak beli... Kirim ke India yerk
ReplyDeleteredz,
ReplyDeletehaha sape nak beli ntah. ko sorang je nak beli nanti. haha
Ramai nak beli Min... Haha... Tapi tunggu la banyak lagi entri... hehe,...
ReplyDeleteredz,
ReplyDeletecerita semua dah ada. memang ingat nak bukukan. tapi tak tau berapa ramai yang nak beli kalau jual. kalau bagi free memang orang berebut. hahaha
betul tu inche R.I, kisah yg sgt best...
ReplyDeleteaok teruskan min..
ReplyDeletekoi menyokong dari belakang tiang gol.. :)