Saturday, April 4, 2009

Atan #1

Pagi itu suatu pagi yang bukan hujung-hujung minggu. Atan yang baharu seminggu masuk darjah satu sedang berselimut kain sarung tidak jauh dari ibunya di dapur.

“Kenapa di Hulu Tembeling tak ada salji mak macam di Liverpool?” tanya Atan kecil-kecil sahaja mata menguap sambil menutup mulut dengan belakang tangan.

“Mana la mak tau,” jawab ibunya sambil mengesat-ngesat ulas matanya yang pedih.

“Kalau ada salji nanti kita pasang water heater ye mak?” Atan masih melempar pertanyaan.

“Dah, dah. Jangan nak mengada-ngada. Air ni mak jerang untuk buat kopi nanti. Jimat-jimat sikit kayu api. Rumah kita ni, letrik pun tak ada. Water heater apa ke jadah. Liat sangat nak mandi pagi. Tak daya mak nak jerang air banyak-banyak tiap-tiap pagi. Pergi mandi. Kejap lagi pergi sekolah. Dapat SPM 20A nanti mitak water heater dengan Yang Berhornat!” panjang ibu Atan membebel-bebel.

“Ye la. Ye la.” Atan mengalah.

Ibunya terus menghembus-hembus bara kayu api dengan puntung buluh agar lebih marak.

5 comments:

  1. xde sambungan?sile la sambung..cam comel je cite die..

    ReplyDelete
  2. paiseh,
    woi, masak air tu!

    don balon,
    hehe dia macam paradise lost sikit.

    stu comot,
    comel juge? hehe

    ReplyDelete
  3. hahah

    memang solid idea mak atan tuh

    ReplyDelete