Monday, April 6, 2009

Pak Utih & Mak Utih: Dengar Guruh di Langit, Air Tempayan Di Curahkan

Di langit awan berbondong-bondong bagai ketumbukan tentera sedang mara. Langit berat macam hujan lebat mahu runtuh. Tiba-tiba guruh berdentum meleret-leret.

Pak Utih menerpa ke muka pintu. Matanya membulat menatap langit sambil tangan kanannya memintal-mintal rokok daun nipah yang terjepit di bibirnya.

Pak Utih menuruni tangga bulat batang pulai berikat rotan. Lincah-lincah Pak Utih cekatan pijak satu-satu anak tangga bermata tiga itu dan menuju ke cucur atap sebelah kanan rumah.. Di bawah cucur atap itu tertegak tiga biji tong deram. Dua sudah kosong. Sebiji lagi separuh terisi.

Tanpa sebarang ucap, Pak Utih menumbangkan tong deram yang separuh terisi itu. Tak sempat merata jauh semua air perlahan-lahan diserap bumi yang lebih seminggu tidak ditujah hujan itu.

“La, kenapa dicurahnya air tu? Penat kita memunggah.” Mak Utih bersuara dari jendela.

Air itu diangkut Pak Utih dan Mak Utih dari sungai berdekatan untuk kegunaan memasak dan dibuat air mandian setiap subuh terutamanya.

“Haih, tak tengok tu? Langit dah berat. Nak runtuh benar dah gayanya.” Pak Utih membetah isterinya sambil menunjuk ke langit.

“Boleh guna lagi air tu weh. Membazir amalan syaitan. Hargailah air!” Mak Utih mengingatkan. Terselit nada tidak puas hati dalam getar suaranya terhadap tindakan suaminya itu.

“Air lama. Banyak benda asing bercampur. Semut, nyamuk habuk segala. Berkeladak dasarnya. Lagi pun aku malas nak turun curah hujan-hujan nanti.” Pak Utih membela diri. Tong deram kembali ditegaknya dan disusun di bawah cucur atap.

Angin mula bertiup kencang. Langit masih hitam. Awan berguling-guling di langit. Pak Utih naik semula ke rumahnya. Bimbang kehujanan.

Tiba-tiba kehitaman langit terkuak menampakkan cerah cahaya. Kencang angin meniup gumpalan awan entah ke mana. Hujan pun entah di mana jatuhnya.

Pak Utih termenung di tempat dia mencurah baki air tong deram tadi.

“Kalau kita korek tanah ni boleh buat perigi tak? Air tadi ada lagi tak?” tanya Pak Utih sambil mendongak ke arah Mak Utih di jendela.

Mak Utih merenung pak Utih dengan sorot mata yang tajam. Seakan gaya orang ingin melempang.

9 comments:

  1. mendengar guruh di langit air dlm tempayan dicurahkan? koh3..nice one..slh2, air lam tong deram..

    ReplyDelete
  2. sesekali pikir betul jugak pak Utih. Kompiden tu penting!

    ReplyDelete
  3. stu comot,
    woi, tu peribahasa weh. mana leh ubah2. dbp marah!

    paiseh,
    loh. tu cari penyakit weh.

    ReplyDelete
  4. apa tujuan kewujudan cakar2 ni?

    hehehehe

    ReplyDelete
  5. Aok pernoh kene lempang sampai berdamor mulut?

    ReplyDelete
  6. buat telaga tiub la... coring..

    ReplyDelete
  7. sabar mak utih...
    jgn derhaka pada suami

    ReplyDelete
  8. nilah pasalnye ramai isteri nak mendera suami ni. anyway, salute to pak utih, pandai cover tuuuuu, bleh diamalkan ni...

    ReplyDelete
  9. rajuna,
    eksperesi bas eksperes.

    jarviskoker,
    aok pernoh kena libas dengan beldi?

    kuina,
    buat boring pakai mackintosh boleh? hehehe

    tooney,
    hehehe

    ajako,
    ye la tu..hehe

    ReplyDelete